Wednesday, 16 September 2015

SAHIH MAYAT DISIMEN DI DALAM TONG DRUM ADALAH ANTHONY KEVIN MORAIS.....


Misteri kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh.


Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di USJ Satu, Subang Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata, mayat Morais ditemui berikutan pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan di dua lokasi berbeza pada Selasa di Pulau Pinang dan Lembah Klang.


Beliau berkata, motif pembunuhan Morais adalah berkaitan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan Selasa.


Ini sekaligus menafikan kaitan kehilangan Kevin dengan kes 1MDB dan pembunuhan ahli perniagaan Husin Najadi.
Dalam sidang media, beliau berkata, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun.



Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama.



Dalam pada itu, polis percaya kereta terbakar di Hutan Melintang, 99 peratus ada kaitan dengan kes bunuh Morais berdasarkan kesan kemalangan. Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais, katanya.


Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais:

4 September  -  Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. 
Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal.
Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September  -   Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.
Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan.
Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.
5 September; Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September  -  Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September  -  Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September  -  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September  :
6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak.
8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.
8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.
9.15 pagi - petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.
10.10 pagi - polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit.

- 16 Sept. 2015 Agendadaily

No comments: