Thursday 24 September 2015

MEE GORENG RM2.50 SEPINGGAN DARI PAK CIK BERUSIA 92 TAHUN HANYA DI SELERA C'RASTA PENANG


Mee goreng panas dengan harga hanya RM2.50 sepinggan. Sekali baca memang tak masuk akal.  Kalau 30 tahun dahulu harga sebegitu memang lumrah.  Saat kononnya ramai orang mengeluh dengan kenaikan harga barang keperluan di sana sini melambung-lambung.... tetapi ada seorang peniaga mee goreng  di Penang yang tidak terpengaruh langsung dengan 'ekonomi' negara......

BAGAIKAN tidak lengkap kunjungan anda ke Pulau Pinang jika tidak merasai sendiri keenakan mi goreng berharga RM2.50 di Lorong Tamil berdekatan Kompleks Pasar Chowrasta, George Town.
Itulah yang boleh disimpulkan oleh para pengunjung yang pernah menikmati mi goreng tersebut.
Apa tidaknya, harga mi goreng tersebut bukan sahaja murah, malah sangat sedap dan mempunyai kuantiti yang banyak.
Lebih mengejutkan, mi goreng di Lorong Tamil ini dijual dan dimasak sendiri oleh seorang warga emas, Abdul Karim Pakir yang sudah menjangkau usia 92 tahun.
mee
“Saya sakit-sakit badan kerana sudah tua tetapi saya masih boleh goreng mi lagi,” kata Karim kepada mStar Online.
Bercerita mengenai perniagaanya, Karim memberitahu dia telah meniaga di situ sejak lebih 30 tahun lalu dan harga bagi sepinggan mi gorengnya masih kekal RM2.50 sejak dari awal dia berniaga.
“Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.
“Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam,” ujarnya yang tinggal di Jalan Makloom bersama anak perempuannya.
11880358_10206526751261916_4669900116016951633_n
11895978_10206526752021935_7760445622078463869_n
Menurut Karim, sebelum ini dia menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun lalu namun mengambil ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.
Bagaimanapun, minatnya terhadap masakan diteruskan apabila dia menjual mi goreng yang kekal hingga hari ini.
Untuk maklumat anda, Karim berasal dari India dan datang berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1947. – MYNEWSHUB.CC

No comments: