Pengendali portal ‘PRU 14’ (http://www.pru14.tv) mendakwa, kumpulan propembangkang itu membangkitkan kemarahan peserta perhimpunan aman tersebut dengan melaungkan jeritan berunsur perkauman dan penghinaan.

“Menurut sumber yang berada di lokasi, jeritan berunsur provokasi nyata membangkitkan kemarahan peserta sehingga mereka dilihat cuba mengejar kumpulan Otai Reformis yang berbaju hitam.

“Tindakan provokasi yang dimainkan Otai Reformis ini nyata mengejutkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal keadaan sehingga mereka terpaksa menyembur air ke arah peserta yang marah untuk menyuraikan suasana yang dilihat agak tegang,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal berkenaan hari ini.

Selain itu, timbul dakwaan yang mengatakan sekumpulan aktivis propembangkang cuba memanipulasi perhimpunan aman tersebut dengan memakai baju merah dan menyamar sebagai peserta.

Pihak berkuasa diminta menyiasat insiden tersebut bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kekecohan sekali gus mencemarkan Himpunan Rakyat Bersatu. - Utusan Malaysia 170915