Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir berpendapat perlantikan Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baru menjadi satu kebanggaan bagi rakyat negeri ini.
Zahid yang menyandang jawatan Menteri Dalam negeri dan senior Naib Presiden UMNO yang diumumkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan anak jati perak pertama dilantik memegang jawatan TPM sejak merdeka.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan pejabatnya dan diemailkan ke Agenda Daily petang ini (Selasa) ,Dr.Zambry yang mengulas rombakan cabinet Perdana Menteri berkata
“adalah menjadi prerogatif Y.A.B. Perdana Menteri untuk membentuk pasukan Kabinet beliau.
Dalam nada sama beliau berkata:”Tahniah diucapkan kepada YAM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Rakyat negeri Perak gembira dan berbangga kerana beliau menjadi anak Perak pertama yang dilantik memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Tahniah juga diucapkan kepada Y.B. Dato’ Hamzah Zainuddin. Kenaikan pangkat sebagai Menteri penuh adalah satu lagi pengiktirafan kepada kebolehan dan kemampuan anak Perak.Tahniah diucapkan kepada semua.”
Pada ketika ini beberapa wakil rakyat Perak diberi peluang menduduki cabinet diperingkat menteri. Ini termasuklah Menteri Pelancungan Dato Seri Nazri Aziz, Datuk Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan ke2, Datuk Tajuddin Abd Rahman,timbalan menteri pertanian dan lain-lain.
Bagi rakyat Perak perlantikan Zahid akan mengukuhkan lagi iklim politik Perak serta pada masa sama membantu Menteri Besar melicinkan lagi proses pentadbiran khusus membabitkan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat.
Beberapa projek yang harus diperolehi Perak terlepas ke negeri lain gara-gara sikap pusat kepada negeri Perak.
Sebagai contoh projek airport yang dirintis Perak dengan membuat permohonan dan juga proposal sejak lebih dua tahun menemui kegagalan apabila Pusat meluluska kepada Kedah.
Sedangkan hakikatnya Kedah dengan Pulau Pinang tidak begitu jauh dan mereka boleh menggunakan lapangan terbang Pulau Pinang di Bayan Lepas. Lebih—lebih lagi sudah ada jambatan kedua,yang memudahkan orang Kedah ke Pulau Pinang.
Bagi rakyat Perak,perlantikan Zahid,yang juga ahli parlimen Bagan Datoh satu bonus.
Sebagai salah sebuah negeri yang penting,perlantikan Zahid dilihat memperakukan kebolehan dan keupayaan rakyat Perak menggalas jawatan penting diperingkat kebangsaan.
No comments:
Post a Comment