Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial.
Kini, status terbaru wanita itu yang dimuatnaik di akaun facebooknya turut didedahkan. Selain berbaur lucah, status ibu tiri ini juga amat biadap.
Memang sungguh mengejutkan. Sila baca selanjutnya di bawah :-
BERITA SEBELUMNYA....
Hasil siasatan kesihatan mengesahkan mangsa mengalami cacat kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang dan tempang akibat perbeza tulang paha kiri dan kanan. Semua tu berpunca dari didera dan tidak pernah mendapat rawatan.
Selama enam bulan didera, mangsa yang patah 13 tulang rusuk termasuk di tulang belakang, pinggul serta lengan kanan hanya dibiarkan sembuh sendiri tanda diberi rawatan sedikit pun.
Sedihnya.. Berada di neraka dunia bersama ibu tiri yang kejam! Umpama dalam drama bagi kita tapi nyata bagi adik Yaya. Mangsa juga mengalami trauma yang teruk dan agak sukar untuk dirawat kerana dia tidak mempercayai siapa-siapa.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, mangsa juga mengalami radang paru-paru sehingga menyebabnya dia sukar bernafas.
Mangsa juga tidak diberi makan secukupnya sehingga menyebabkan kekurangan zat yang kronik dan berat badannya susut sehingga 15 kilogram yang menyamai budak usia tiga tahun.

UPDATE TERKINI :
BAPA KANDUNG DAN IBU TIRI DITAHAN BANTU SIASATAN KES DERA YAYA
Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak berusia lima tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Rashid Mustapa di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini hari ini.
Kedua-dua suspek yang merupakan ibu tiri serta bapa kandung mangsa disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Wanita berkenaan berusia 25 tahun manakala suaminya berusia 39 tahun ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu kira-kira pukul 9 malam tadi.
Kejadian dera membabitkan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, terbongkar selepas ibu kandungnya yang mengambil alih hak penjagaan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi parut dan kesan lebam, selain keadaan fizikalnya yang lemah.
Pemeriksaan lanjut mendapati Nur Zuliana Zaara mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di bahagian rusuk, tulang belakang serta pinggul yang sembuh sendiri tanpa menerima rawatan sempurna dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
1 comment:
nak salah kan si ibu tiri semua pun xboleh juga sebab si bapak dan si ibu kandung nye sndri pun dah leka dapat penyedap sampai anak sndri pun lupa nak jaga.si bapak dah dapat apam baru si ibu dapat pisang ranum mana lah nak ingat anak kecil tu bila dah terlambat baru nak kelam kabut dan yg menderita menjadi mangsa si anak yg tak tau apa2 tu
Post a Comment