2.Kesemua 8 perompak telah melarikan diri menggunakan rescue boat MT ORKIM HARMONY kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly bin Sahat. Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal. Kapten kapal MT ORKIM HARMONY hanya memaklumkan kepada KD TERENGGANU pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya.
3.MT ORKIM HARMONY kini, diiringi oleh KD HANDALAN dalam pelayaran menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2.00 pagi esok. Kesemua 22 kru kapal iaitu 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dalam keadaan selamat kecuali seorang kru mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun yang lalu. Kru kapal warganegara Indonesia yang cedera ditembak telah diterbangkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menaiki pesawat EC725 dan telah selamat tiba pada jam 10.15 pagi tadi. Kapten Kapal, Master Nor Fazly, ketika dihubungi, berada dalam ketakutan dan turut memaklumkan bahawa kesemua 22 kru kapal berada dalam keadaan sihat dan selamat kecuali seorang daripadanya cedera. Muatan kapal, Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta selamat di dalam kapal tangki tersebut ketika ditemui.
4.Aset laut dan udara telah diaturgerakkan bagi mencari perompak yang melarikan diri. Pesawat P3C Orion dari Tentera Udara Diraja Australia, 3 helikopter TLDM (Super Lynx dan Fennec), C130-Hercules dan B200T-Beechcraft dari TUDM bersama-sama KD PAHANG, KD TERENGGANU dan KD JEBAT sedang melaksanakan pencarian bot tersebut. TLDM telah meminta kerjasama Tentera Laut Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam misi mencari perompak-perompak. Tentera Laut Indonesia telah bersetuju untuk membantu mencari perompak –perompak tersebut di perairan Kepulauan Natuna. Persetujuan ini telah disuara dan dinyatakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Ade Supandi kepada Panglima Tentera Laut melalui perbualan telefon dan teks pesanan ringkas awal pagi ini.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar
Panglima Tentera Laut
19 Jun 2015
TERKINI :
DRAMA rampas kapal MT Orkim Harmony selesai.Semua anak kapal dibebaskan 2.30 pagi tadi.Perampas pula cabut guna bot penyelamat kapal itu-Agendanews
LAPAN disyaki rampas kapal MT Orkim Harmony ditahan pihak berkuasa Vietnam di Pulau Tho Chu.APMM sedang siasat dan akan usaha bawa ke sini-Agendanews
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan lapan lanun warga Indonesia yang disyaki merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di negara itu awal pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, penahanan ini dilakukan ketika mereka dipercayai cuba meloloskan diri daripada buruan aset-aset kapal dan udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta APMM.
“Kesemua suspek ditangkap selepas menceroboh menggunakan bot di perairan Vietnam iaitu 80 batu nautikan barat negara itu dan kini disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam.
“Kita sedang mendapatkan kerjasama Vietnam menerusi pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membawa kesemua suspek ke Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan,” katanya pada sidang media Operasi Mencari dan Menyelamat MT Orkim Harmony di ibu pejabat APMM di sini, Jumaat.
Ahmad Puzi berkata, APMM akan membuat siasatan secara terperinci yang memberi fokus kepada kejadian penculikan dan cubaan merompak kapal MT Orkim Harmony.
“Kita akan menyiasat di bawah Akta APMM 2004 (Akta 633) Seksyen 6(3)(c) iaitu bagi pencegahan dan penyekatan pelanunan,” katanya.
Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony tersebut dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi Jumaat namun salah seorang daripada mereka yang merupakan tukang masak warga Indonesia cedera ditembak ketika kapal itu dirampas pada 11 Jun lalu.
Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi Sabtu.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.-MS.

No comments:
Post a Comment