Thursday, 28 May 2015

GAGAL PATUHI ARAHAN BURGER KING DIDENDA


Sebuah syarikat francaisor Burger King, Cosmo Restaurant Sdn. Bhd., Desa Sri Hartamas didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal mematuhi arahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Syarikat terbabit didakwa gagal mematuhi arahan penolong pegawai untuk mengemukakan maklumat yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dalam tempoh tiga hari dari notis diserahkan pada 6 April lalu.

Syarikat itu dituduh melakukan perbuatan itu di premis Burger King, Desa Sri Hartamas, Nombor 22 Tingkat Bawah, Jalan 24/70A, Desa Sri Hastamas, pada 10 April 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000. 

SUMBER

No comments: