Saturday 25 April 2015

PEKERJA ASING SELAMATKAN BAYI DI TINGGAL BERSENDIRIAN KEPALA TERSEPIT BESI PENGHADANG


SEORANG pekerja asing mendapat perhatian meluas di Internet selepas menjadi hero dengan menyelamatkan seorang bayi yang kepalanya tersepit pada pagar balkoni sebuah apartmen di Singapura, semalam.

Menurut laman alvinology.com, insiden penuh mendebarkan itu berlaku kira-kira pukul 1 petang di Blok 371, Jurong East Avenue 1.
Menerusi rakaman video yang tersebar,  seorang bayi dilihat dalam keadaan tergantung cuba melepaskan dirinya dalam keadaan posisi menakutkan.
Jeritan bayi yang menangis dan meraung kesakitan itu dikatakan mula-mula menarik perhatian seorang wanita yang segera berteriak meminta tolong.
Lebih sadis, semasa kejadian bayi malang itu dilaporkan ditinggal berseorangan di rumah tanpa pengawasan, sekaligus menyukarkan usaha menyelamat.
Sebelum itu dua lelaki dilaporkan terdengar jeritan wanita itu dan cuba membantu namun tidak berjaya.
Bagaimanapun, seorang pekerja asing bersama seorang lagi rakannya tiba-tiba muncul bak hero apabila bertindak memanjat bangunan itu seterusnya menyelamatkan bayi berkenaan.
Laporan terkini mengatakan lelaki tersebut bernama Shanmugam dan pihak keselamatan Singapura telah bersetuju untuk memberikan penghargaan kepadanya. – MYNEWSHUB.CC
Zaman duit sekarang ini tidak harian jika suami isteri bekerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi terutama di bandar-bandar.... tetapi itu bukan alasan untuk meninggalkan bayi anda bersendirian di dalam bilik berkunci !!!

No comments: