Sunday 1 March 2015

NIK ABDUH DEDAH DALAM PAS ADA BARUA




KUALA LUMPUR 1 Mac - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa terdapat sekumpulan pemimpin 'barua' dalam parti yang merancang untuk membandingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau berkata, kumpulan 'barua' ini sanggup bertindak lebih wala' (taat setia) kepada ideologi Pakatan Rakyat (PR) dan mengenepikan perjuangan PAS itu sendiri.

"Golongan ini cuba memisahkan pemikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ayah saya.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Nik Abduh menegaskan, dakwaan kewujudan golongan pemisah seperti yang didedahkan beliau akhirnya menjadi nyata dan beliau gembira kerana ayahnya sempat melihat perkara tersebut sebelum meninggal dunia.

Beliau berkata, semua ahli PAS perlu kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti.

"Kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan PAS, iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini.

"Paling penting, yang menang dalam perjuangan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah dan kesemua ahli PAS perlu mentaati pemimpin utama memandangkan PAS merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi," katanya.


Ehhh.... parti Islam pun ada barua ke?  Tidakkah PAS ni suci murni...??? He.. he.. he..

No comments: