Monday, 16 March 2015

NAZIM OTHMAN SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN KETUMBUHAN OTAK ???


Sebenarnya sehingga ke hari ini tidak diketahui apakah penyakit yang dihidapi oleh Nazim Othman. Ketumbuhan di otak adalah sekadar andaian daripada para peminat yang melihat keputusan MRI scan Nazim Othman. Empunya badan pula mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu membuat sebarang pengesahan. Namun menerusi satu gambar, dilihat Nazim Othman telah berterima kasih kepada para doktor bedah dan jururawat.



nazim othman

Malah ada komen daripada peminat yang menyatakan mereka melihat Nazim Othman di HUKM. Mungkinkah Nazim telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan otaknya? Atau mungkin Nazim ada menjalani pemeriksaan yang lain? Adakah pembedahan tersebut berjalan lancar dan berjaya? Apa kata doktor? Kesemua persoalan ini hanya boleh dijawab oleh Nazim sahaja.



Diharap satu hari nanti Nazim Othman akan sudi berkongsi penderitaan dan kesakitan yang dialaminya bersama para peminat. Masih ramai yang tertanya-tanya dan diselubungi misteri. Semoga satu hari nanti terbuka hati untuk bercerita.

Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Nazim Othman diberikan kesihatan tubuh badan. Kalau betul dah jalani pembedahan, semoga semakin sihat selepas ini. Banyakkan berehat dan jangan buat kerja keras sangat.

- beautifulnara

No comments: