Thursday 19 February 2015

ROSYAM NOR EKSIDEN


Akibat hilang kawalan ketika memandu di dalam hujan lebat, pelakon dan penerbit, Rosyam Nor telah mengalami kemalangan bagaimanapun dia dilaporkan terselamat tanpa mengalamai sebarang kecederaan.


Menurut Rosyam, kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berpunca daripada kenderaan hilang kawalan dan mengakibatkan kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.
“Kereta saya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja”
“Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya.
Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.
“Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan,” katanya.
Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu. (rtky/syfq)

No comments: