Saturday, 17 January 2015

WARGA MALAYSIA TURUT LEMAS INSIDEN BOT TUNDA KARAM DALAM PELAYARAN UJIAN


BEIJING : Pihak berkuasa mengesahkan 22 orang mati dalam kejadian bot tunda karam semasa pelayaran ujian dengan pasukan asing di timur China selepas anggota penyelamat menarik bot berkenaan ke kawasan cetek dan mencari mangsa.

Empat rakyat Singapura dan masing-masing seorang rakyat India, Indonesia, Jepun dan Malaysia adalah antara mereka yang lemas dalam nahas di Sungai Yangtze itu, manakala 14 lagi adalah rakyat China.

Tiga mereka yang diselamatkan adalah warga China.

Pemilik, pembekal dan jurutera adalah antara 25 orang yang berada atas bot yang sedang diuji itu. - AP

No comments: