Sunday, 11 January 2015

PELAKON UMIE AIDA REDHA PENTHOUSE MEWAHNYA DILELONG, SUSAH SENANG TETAP BERSAMA SUAMI


Lanjutan dari isu perisytiharan muflis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia terhadap ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan, semestinya tempias tersebut turut dirasai isteri beliau yang juga pelakon terkenal negara, Datin Umie Aida.


Semalam, penthouse mewah milik pasangan tersebut yang terletak di Mont Kiara telah dilelong dalam satu sesi lelongan di Hotel Istana. Kisahnya, kediaman berkenaan merupakan hadiah perkahwinan dari Khairuddin buat Umie dahulu.

Memetik kenyataan pelakon itu dalam portal Berita Harian,” Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang. 
Hidup pasti ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hamba-Nya.”
Rumah tersebut yang dilelong pada harga RM2.1 juta, juga dibeli pada harga sama oleh seorang individu wanita lingkungan lewat 40-an setelah dia menjadi pembida tunggal. –MYNEWSHUB.CC 
IMBAS KEMBALI..... VIDEO RAKAMAN PERKAHWINAN UMIE AIDA DENGAN DATUK KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Post a Comment