Wednesday, 7 January 2015

CINTA ZIZAN RAZAK - EMMA MAEMBONG SUDAH BERAKHIR


KUALA LUMPUR 7 Jan - Pelakon Emma Maembong mengesahkan hubungan cintanya dengan pelawak Zizan Razak sudah berakhir.

Emma bagaimanapun belum bersedia memberi penjelasan mengenai apa yang menjadi punca perpisahan mereka.

"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya," katanya memetik laporan Harian Metro.

Akhbar harian itu mendapat pengesahan hubungan kedua-dua pasangan itu setelah menerima kiriman Whatsapp dari Emma sendiri.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan hubungan mereka berakhir, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 23, cuma memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi perkara itu dan akan bercerita lanjut apabila sudah bersedia kelak.

"Minta maaf saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai).

"Terima kasih sebab faham," katanya.

Ura-ura keretakan hubungan Emma dan Zizan atau Mohd Razizan Razak, 31, mula diperkatakan beberapa minggu lalu, namun pada ketika itu kedua-duanya menyangkal.

Post a Comment