Setelah begitu lama diserang oleh cytro ahjibgor, ini kali pertama A. Kadir Jasin (AKJ) membuat teguran secara khusus kepada mereka. Bukan untuk pertahankan diri tapi sebaliknya cuba mengajar mereka cara yang sepatutnya dilakukan jika benar mereka mahu menolong perbaiki imej tuan yang mereka pertahankan.
Umpama bersilat, kita kena perhati dan cuba selami sejauh mana tahap keilmuan yang dimiliki lawan, bukannya sembrono terjah.
Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau.
AKJ merujuk kepada serangan yang dilakukan terhadap Tun Daim oleh cytro ahjibgor yang katanya masih mentah. tidak tahu sejarah selok belok politik. Tanpa disedari, merekalah yang sebenarnya bersekongkol dengan Pembangkang, yang sememangnya takut kepada Daim !
Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli.
Selain dari artikel2 yang cuba memburukkan imej dan kredibiliti Daim, terbaru ada cubaan mengaitkan Daim dengan video seks ! Pesan AKJ - Tengok dulu rumah anda, diperbuat dari kaca atau bukan ! Peeeergh ....
Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.
Entah apa yang AKJ maksudkan wallahualam ..... tapi bunyinya memang MENARIK ! Seranglah lagi ! Seranglah ! Saya nak tahu juga apakebendanya yang tersirat disebalik kata2 itu ....
Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau.
OKlah, sebenarnya point yang lebih penting adalah ini -
Disebalik semua serangan PERIBADI terhadap Daim... maupun AKJ sendiri, cytro ahjibgor tidak cuba menjawap persoalan yang sering ditimbulkan mereka. Samada mereka cuba ALIH ISU atau mereka sendiri tidak punya jawapan .... hanya mereka yang tahu.
Untuk pengetahuan mereka, soalan2 yang ditimbulkan adalah juga soalan2 yang sering bermain difikiran rakyat ! Menyerang secara peribadi individu yang bertanya tidak membantu ahjibgor, malahan akan lebih membawa mudarat kepada ahjibgor.
Adalah lebih baik cytro ahjibgor menggunakan tenaga dan masa itu bagi mencari jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan kerana dengan cara itu, mereka akan lebih membantu memperbaiki imej tuan mereka.
Saya ulang - ini adalah persoalan sama yang bermain difikiran rakyat. Tolong carikan jawapan yang memuaskan ..... anda nak tolong ahjibgor atau nak hancurkan beliau ? Jangan jadi gunting dalam lipatan !
1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?
2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?
3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?
4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?
5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?
6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?
7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?
8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?
9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?
11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?
12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?
13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?
14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?
16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?
17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?
Ayat2 last ni memang tak boleh blah ...
Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.
Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri.
Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan?
Artikel sepenuhnya - Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM
..
No comments:
Post a Comment