Seperti diketahui ramai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Dr Haron Din, 73, sudah seminggu mendapatkan rawatan dan semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat beliau di sana.
Begitu pun rupa-rupanya ada kisah tersendiri mengapa Dr Haron dikejarkan ke IJN sedangkan beliau baru sahaja dikejarkan ke IJN, Januari lepas.
Berdasarkan status Facebook anak Dr Haron iaitu Dr Huda Haron, antara punca yang menyumbang kepada sebab bapanya mendapat masalah jantung adalah dinafikan hak untuk menggunakan kerusi roda ketika menggunakan penerbangan Air Asia baru-baru ini.
Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah. Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran bagasi, hot seat.. bla bla bla.. letih nak senaraikan. Hatta khidmat wheelchair pun kena bayaran! RM60.. woww.. bayangkan ayahanda saya yang mengidap masalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat memohon kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal. AOR-KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm. Docking punyalah jauh.. tiada kerusi roda disediakan dan bukan benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah.. nak senarai semuanya.. penat!! Tiada perikemanusiaan langsung. Terima kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN.
Sudah tentu, isu berkaitan kerusi roda yang timbul apatah membabitkan orang terkenal seperti Dr Haron sangat tidak kena dan memberi imej kurang baik kepada AA.
Ia kerana antara isu yang sedang hangat dikaitkan dengan syarikat penerbangan ini sekarang adalah menganggap jambatan udara untuk kegunaan penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak yang disediakan di KLIA untuk perpindahan mereka ke sana Mei depan sebagai membazir, lapor Mynewshub.
No comments:
Post a Comment