Thursday 25 December 2014

PERKEMBANGAN BANJIR DI PERAK SEHINGGA TENGAH MALAM INI


SEBAGAIMANA yang dilaporkan oleh astroawani - Di PERAK, satu lagi kawasan iaitu Perak Tengah mula dinaiki air petang tadi, menjadikan tiga daerah di negeri itu dilanda banjir setakat malam ini termasuk Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Menurut jurucakap di Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, sebanyak 25 mangsa di kawasan Belanja, Perak Tengah dipindahkan di dua pusat pemindahan.

Bagaimana pun jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan di negeri ini berkurangan sedikit iaitu daripada 1,650 orang petang tadi kepada 1,580 orang yang terdiri daripada 385 keluarga malam ini.

Jumlah mangsa banjir di Hulu Perak menurun kepada 352 orang malam ini berbanding 359 orang petang tadi manakala jumlah mangsa di Kuala Kangsar berkurangan kepada 1,203 daripada 1,291 orang.


Embedded image permalink

No comments: