Monday 1 December 2014

KUDA TERBANG DI LANGIT JEDDAH SELEPAS HUJAN BERJAYA DIRAKAM ... ???


ANTARA percaya atau tidak.... satu video yang sedang hangat di 'pasaran' dunia maya heboh diperkataan.  Dikatakan satu rakaman video berjaya merakamkan seekor kuda terbang selepas hujan di Jeddah. Biar betul.. !!!

Lihat rakaman video berikut  :




Tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut. Macam-macam sekarang ni... kekadang tidak dinafikan apabila ada segelintir orang yang sanggup buat apa saje untuk popular dan paling tidak menjadi perhatian dunia maya dengan menghasilkan pelbagai 'kreativiti'. 

Kita semua tahu mengenai Buraq iaitu  kenderaan junjungan besar kita, Rasulullah saw ketika peristiwa Israq dan Mikraq. 

Buraq diungkap oleh Rasulullah saw ketika ditanya oleh para sahabat baginda mengenai bentuk dan sifatnya adalah : Aku telah dibawa oleh seekor Buraq, seekor haiwan berkulit putih dan panjang, lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal.  Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang.(Riwayat Shahih Bukhari)

Jadi, aku pun pelik... macam mana kuda dalam video tu boleh terbang. Bersayap pun tidak dan tak nampak pun macam sedang terbang! Rakaman yang dapat dilihat pun hanya beberapa saat sahaja... wallahua'lam..

No comments: