Tuesday, 2 December 2014

KEPALA MANUSIA DALAM PLASTIK DEPAN RESTORAN SEPADAN DENGAN MAYAT TANPA KEPALA DI NIBONG TEBAL


Kepala manusia yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di medan selera Taman Impian Ria didapati sepadan dengan mayat tanpa kepala serta tangan yang disumbat di dalam guni dan ditemui di Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, ia berdasarkan laporan awal bedah siasat, namun pihaknya masih menunggu laporan DNA kepala dan anggota badan berkenaan bagi mengesahkannya.

“Polis percaya mangsa adalah orang yang sama, cuma kami masih menunggu laporan penuh DNA.
“Setakat ini identiti lelaki itu masih belum diketahui tetapi polis percaya mangsa adalah warga asing,” katanya dipetik agensi berita Bernama.

Beliau turut memaklumkan setakat ini tiga lelaki warga asing berusia 20 hingga 30 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mengetahui kes itu membuat laporan. Media utama sebelum ini melaporkan satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui berhampiran tiang di sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.

Kepala itu ditemui pemilik kedai makan di Lorong Impian Ria 5, sebelum memaklumkan kepada polis.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi daripada premis itu mendapati, bungkusan berkenaan ditinggalkan dua lelaki yang menunggang motosikal kira-kira jam 9.30 malam Ahad.

Post a Comment