Monday, 24 November 2014

PANDELELA RINONG EKSIDEN


KUALA LUMPUR :  Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan. - HMetro

Post a Comment