Wednesday, 10 September 2014

TOK GURU PENGASAS SEKOLAH PONDOK MAHU BN TERUS DIBERI MANDAT PRK PENGKALAN KUBOR

alt

PENGKALAN KUBOR 10 Sept - Tok Guru dan pengasas pondok  Madrasah An-Najmiah, Kampung Genting Tumpat, Abdullah Sa’mah  berharap Barisan Nasional (BN) akan terus diberi mandat menjelang  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N.01 Pengkalan Kubor 25 September ini.

Abdullah berkata, harapan itu bertujuan agar calon BN yang diberi mandat dapat meneruskan legasi Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang telah banyak menaburkan jasa di dalam membangunkan DUN Pengkalan Kubor termasuk membantu perkembangan agama apabila RM2 juta diperuntukkan untuk membina pondok moden empat tingkat di Kampung Geting.

“Saya selaku mudir di pondok ini rasa bangga dan yakin pada BN, sokongan daripada Allahyarham Datuk Noor Zahidi dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas meletakkan agama Islam pada tahap yang tinggi sekali,” katanya.

Abdullah menjelaskan, beliau turut menamakan pondoknya dengan nama jolokan pondok BN sebagai sokongannya pada parti itu.

Pondok Madrasah An-Najmiah, Kampung Geting menerima peruntukkan RM2 juta melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membangunkan pondok itu.

Pondok ini berubah wajah menjadi pondok moden dengan bangunan empat tingkat yang dilengkapi dengan bilik kuliah dan asrama siap pada 2013 serta dihuni kira-kira 30 pelajar. Pembinaannya bermula pada 2002.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di Morden Hospital GuangZhou, China pada 20 Ogos.

Pada PRU13 lalu, Allahyarham yang mewakili BN menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Berikutan itu, PRK bagi Dun itu akan diadakan pada 25 September ini.

Post a Comment