Saturday, 27 September 2014

IHYA' ULUMUDDIN MENGANDUNGI HADIS PALSU ADALAH FITNAH.. ???


Oleh : Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

Sebenarnya ramai ulamak yg dah menegur kesalahan yg berada dalam kitab ihya ulumuddin. Kita hargai usaha yg dibuat Imam al ghazali dan tidak sepatutnya niatnya dipertikaikan. Namun....beliau bukan maksum. Jadilah seperti saintis barat.. Contoh teori atom Dalton telah digantikan dengan teori-teori atom yang lebih moden. Adakah " kemuliaan" Dalton terjejas? Tidak sama sekali. Imam al ghazali bukanlah pakar hadis seperti Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan seumpamanya. Maka tidak hairan jika imam-imam selepas Imam Al-Ghazali seperti Imam Al Jauzi, Imam Az Zahabi telah menegur ihya ulumuddin. Perkara ni dah umum di Timur tengah.

Antara kitab-kitab yang radd, mentakhkik, mensyarahkan dan membahaskan kesilapan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin secara ilmiah seperti berikut:

1. al-Kasyfu wal Inba’ fi al-Raddi ‘alal Ihya’ 
Karya: Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali al-Mazari al-Siqilli (Wafat 536H)
Beliau adalah pengarang kitab Syarah Sahih Muslim: al-Mu’lim bi Fawa’id Shahih Muslim

2. I’lamul Ahya’ bi Aghlatil Ihya’
Karya: Imam Ibnul Jauzi (Wafat 597H)
Beliau adalah pengarang kitab Talbis Iblis, al-Muntazim, al-Maudhu’at al-Kabir, Zaadul Maasir fii ‘ilm Tafsir

3. Al-Mughni an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar
Karya: Al-Hafizd Abd. al-Rahim bin al-Husain al-Iraqi (Wafat 806H)

Al Iraqi telah mengtakhrij 4583 hadis di dalam ihya' ulumuddin

(1) sekitar 1282 - hadis Sahih 
(2) sekitar 357 - hadis Hasan
(3) sekitar 810 - hadis Dhaif
(4) sekitar 188 - hadis palsu

4. Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya'
Karya: Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi (Wafat 879H)

5. Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra
Karya: Ibnu As Subki (Wafat 771H)

6. Ithaf al-Sadah al-Muttaqin
Karya: Muhammad ibn Muhammad al-Husaini al-Murtadha al-Zabidi (Wafat 1791M)

7. Tasyid Al Arkan fi Laisa fi Al Imkan Ibda’ min Ma Kan
Karya: Al Hafidz As Suyuthi (Wafat 911H)

8. Siyar A'lam an-Nubala'
Karya: Al Hafiz Az-Zahabi (Wafat 748H)

9. Mukhtashar Minhaajul Qaashidiin
Karya: Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy (Wafat 629H)

10. Al Bidayah Wan Nihayah
Karya: Al-Hafiz Ibnu Katsir (Wafat 774H)

11. Majmu' Al-Fatawa Syaikh Al-Islam
Karya: Syeikh Taqiyuddin Abbas Ahmad (Wafat 728H)

12. Buku Putih Ihya' Ulumuddin Imam al-Ghazali (Bahasa Indonesia)
Karya: Syeikh Muhammad Ahmad 'Isa


Artikel berkaitan yang dikongsi dari penaminang, baca di sini.

BAGAIMANAPUN melalui blog penembak-tepat, didedahkan  Jawapan Kepada Fitnah Sahih Bukhari dan Ihya Ulumuddin Ada Hadis Palsu (Mauduk)....

1. Fitnah dilakukan terhadap Sahih Imam Bukhari yang mendakwa ada hadis palsu (mauduk) tidak sahih


Jawapan kepada fitnah Kitab Sahih Imam Bukhari mengandungi hadis tidak sahih  

http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=4&func=view&id=22922&catid=9

Kajian Ilmiah lengkap tentang Imam Bukhari 

2. Penjelasan Fitnah Terhadap Kitab Ihya Imam Ghazali seperti artikel ini 


Maka jawapan dijawab dengan panjang lebar di sini :




Link 4 : Hamka nafi hadis mauduk(palsu) dalam Kitab Ihyahttp://ibnuwafi.blogspot.com/2012/06/pandangan-hamka-terhadap-al-imam-al.html?m=1

Mohon kita bantu membantu atas kebenaran dengan forward mesej ini demi ilmu iman amal umat Islam akan terus terpelihara.

Wallahua'lam.....