Friday, 12 September 2014

(FOTO) TEMBOK PENAHAN KONKRIT JABAL AL-KAABAH RUNTUH, 5 JEMAAH HAJI MAUT


Dari sumber : Penguat kuasa Bandar Mekah dalam perbualan telefon menyatakan pihak berkuasa berjaya mengeluarkan 5 mayat yang tidak dinyatakan taraf kerakyatannya yang terlibat dalam insiden kejadian runtuhan tembok disalah satu projek di bandar tersebut, semalam.


Difahamkan di Internet mengatakan lebih berdosen mangsa dikatakan tertimbus dalam nahas ini akan tetapi di nafikan oleh oleh penguatkuasa Bandar Mekah.


Dimaklumkan blok penahan dinding konkrit setinggi 15 meter dan lebar hampir 100 meter dikatakan runtuh di sekitar Jabal Al-Kaabah berdekatan projek Lingkaran Pertama di Mekah yang meragut 5 nyawa.


Sehubungan itu Emir Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah telah membentuk jawatankuasa teknikal segera untuk mendedahkan sebab-sebab keruntuhan, masalah penguatkuasaan dan pejabat kejuruteraan perunding (neutral) dalam kes ini.







Post a Comment