Monday 29 September 2014

APAPUN YANG TERJADI PAS TETAP BEKERJASAMA DENGAN DAP..... BOLEH PULAK, TAK HARAM KE ???


Membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang sanggup menafikan kenyataan Naib Ketua Pemuda Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS akan keluar juga dari Pakatan Rakyat (PR) hanya memberi satu makna : PAS amat sayangkan PR tidak akan bercerai dengan DAP.


Suhaizan berkata kenyataan Khairil itu bukanlah bertujuan untuk PAS keluar daripada PR.

“Niat beliau yang sebenar adalah untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.



“Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan Ahad.

“Seperti kenyataan “cerai” bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut,” katanya.

Kenyataan Khairil itu juga ujarnya turut dikeluarkan semasa muktamar Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini, dan ianya tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau perlantikkan exco kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran itu kata Suhaizan, beliau telah menghubungi Ketua DPSY Malaysia dan Ketua AMK Malaysia untuk mempertemukan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

“Saya mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan PR seperti diputuskan oleh muktamar 2008,” tegasnya.

Pemuda DAP Sarawak dua hari lalu mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Khairil Nizam bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.