Saturday 16 August 2014

RAKYAT SELANGOR BANTAH,,,, TAPI WAN AZIZAH KATA DAPAT SOKONGAN 30 DUN ....

alt

SHAH ALAM 16 Ogos - Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS) menyelar keputusan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Timbalan Pengerusi GRABS, Hanafiah Husin berkata, rakyat Selangor tidak meretsui Wan Azizah untuk menjadi Meteri Besar kerana beliau bukan anak tempatan.
 
"Kepada Wan Azizah kamu bukan orang Selangor, jangan kamu ingat kamu boleh menjadi menteri besar.
 
"Rakyat Selangor tidak merestui kamu (Wan Azizah) menjadi menteri besar kamu hanya dilantik oleh suami kamu (Anwar Ibrahim). Lantikan kamu itu adalah lantikan bidang terjun yang memaksa Lim Guan Eng dan PAS untuk sokong kamu,"  katanya pada pihak media ketika melancarkan GRABS di Dataran Shah Alam di sini hari ini.
 
Jelas Hanafiah, PKR dan DAP tidak sepatutnya pertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar  Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar berdasarkan mesyusarat majlis raja.
 
"kalau kita lihat di media sosial banyak pekara yang dibidas oleh ahli politik termasuk mengutuk institusi istitusi raja kerana keputusan untuk mengekalkan Khalid Ibraim sebagi menteri besar.
 
"Kita seharusnya akur dengan keputusan yang dibuat mereka kebanyakan pemimpin DAP dan PKR bukan anak kelahiran Selangor mereka sapatutnya  tahu undang- undang pertubuhan negeri," katany.

Sebelum itu... 2 hari  lepas, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Selain sokongan daripada 15 Adun DAP dan 13 PKR, dua Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu.

Jumlah Jumlah itu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

No comments: