MUNGKIN ramai yang tahu dan yang tidak tahu....tetapi jangan tak tahu .... hari ini di bandaraya Ipoh telah berlaku satu hal yang gempak giler sewel..
Melalui berita yang tersebar seantero dunia maya, orang ramai dan pengguna jalan raya gempar apabila melihat sepasang kekasih berpakaian pengantin melintas dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, pagi tadi.
Pasangan itu mula disedari berada di kawasan yang berhampiran dengan Masjid Negeri itu sekitar jam 9 pagi dan kelihatan wanita yang dipercayai berbangsa Cina itu hanya mengenakan bikini putih dengan memakai kain layah (veil) manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang tanpa baju.
Pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan kerana waktu puncak dan sebahagian besarnya berhenti kerana ingin melihat 'wayang free' yang tidak pernah berlaku sebelum ini..
Bagaimanapun, pasangan itu tidak berada lama di situ, mereka beredar setelah berlegar-legar sekitar 10 minit.
Adakah perbuatan mereka itu sebagai satu protes terhadap kerajaan yang mendakwa bekas Menteri Besar boneka DAP Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas ?!
Namun begitu, menerusi akaun Facebook milik Boii Amani Hashim dan turut disertakan dengan satu lagi gambar yang lebih jelas, difahamkan sebenarnya mereka sedang menjalani penggambaran untuk perkahwinan.
Tak kira la penggambaran ke hapa ke... tapi 'berbogel di khalayak ramai dan di tempat terbuka tumpuan umum di negara ini adalah sesuatu yang tidak bermoral, tidak beretika dan biadap!!!
No comments:
Post a Comment