Sunday 20 July 2014

ANWAR SAHKAN PENYINGKIRAN KHALID IBRAHIM

calon mb

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lewat petang Sabtu mengesahkan bahawa pemimpin parti itu bersetuju dengan satu “peralihan kuasa yang lancar” bagi jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Biro politik PKR dan pemimpin-pemimpin parti dalam majlis pimpinan pusat sepakat dengan satu peralihan kuasa secara lancar di Selangor dan bersetuju ia patut dibincangkan secara tertib dengan Khalid,” kata Anwar sewaktu ditemui di Guar Perahu, Pulau Pinang hari ini.
Namun beliau tidak mendedahkan nama pengganti Khalid memandangkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) belum bertemu bagi membincangkan perkara itu.
Anwar bagaimanapun berkata, sekretariat PR telah dimaklumkan tentang keputusan itu walaupun majlis presiden akan hanya bertemu pada minggu hadapan.
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebelum ini antara yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid yang memegang jawatan itu bagi penggal kedua tetapi berhadapan pelbagai kritikan dari dalam PKR dan PR sendiri terhadap caranya menguruskan negeri.
Ia termasuklah cara beliau menguruskan sumber negeri sehingga kepada pendekatannya yang kurang berbincang dengan orang ramai dalam hal ehwal projek-projek mega seperti Lebuh Raya Kidex dan penstrukturan semula bekalan air.
Seperti dilapor sebelum ini, Anwar masih memberi isyarat bahawa menteri besar baharu kemungkinan besar adalah isterinya Dr Wan Azizah.
Anwar juga pada 16 Julai mengingatkan Khalid bahawa tiada sesiapapun yang akan kekal dalam mana-mana jawatan selama-lamanya bagi mengulas kenyyataan Khalid pada hari yang sama yang menegaskan beliau mahu kekal sebagai menteri besar sehingga tamat penggal. - bnbbc.my – 

No comments: