Thursday, 5 June 2014

KEJAM !!! BUANG MAYAT BAYI MANGSA ROGOL KE DALAM GAUNG DI GENTING HIGHLAND

Lelaki Culik, Sumbat Dalam Beg Pakaian Dan Campak Bayi 6 Bulan Ke Gaung Di Genting Highlands

Kematian bayi lelaki berusia enam bulan yang mayatnya dibuang ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands, dipercayai membongkar kegiatan eksploitasi seksual terhadap pendatang asing tanpa izin di Shah Alam sejak beberapa tahun lalu. 

Ibu bayi itu yang berusia 30-an mendakwa dia dirogol oleh seorang pelanggan agensi pekerja asing sehingga melahirkan anak berkenaan. 


Mungkin bimbang jika salahlaku seks  itu sehingga melahirkan anak diketahui umum dan akan menjejaskan bisnesnya, lelaki tersebut bertindak menculik bayi tersebut  sebelum membuangnya ke dalam gaung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata selepas wanita itu dimaklumkan oleh majikan mengenai kehilangan anaknya, dia cuba menghubungi majikannya yang berusia 41 tahun tetapi gagal. 

Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis pada 31 Mei lalu, sekali gus membongkar kejadian yang menimpa dirinya yang menjadi mangsa rogol. 


Berdasarkan laporan wanita itu, polis menyerbu asrama pekerja agensi berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam, dan menemui tiga wanita warga Indonesia. Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal dikesan. 

“Dengan bantuan wanita itu, polis berjaya memujuk isteri lelaki berkenaan untuk datang ke asrama berkenaan sebelum ditahan, jam 4 petang semalam (kelmarin). 

“Selepas isterinya ditahan, suspek menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin),” katanya, semalam. 


Abdul Samah berkata, lelaki itu kemudian mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia di asrama pekerja pada Sabtu lalu. Dia kemudiannya membungkus mayat bayi berkenaan dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands. 

“Suspek memberitahu mayat bayi itu dibuang ke dalam gaung manakala bagasi dibuang di satu lokasi di Gohtong Jaya,” katanya.

“Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia membuang mayat bayi itu dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments: