Thursday, 1 May 2014

(VIDEO) : #BANTAHGST PERGADUHAN ANTARA UNIT AMAL DAN PENYOKONG SAMM


Dalam keadaan bersesak-sesak itu... dilaporkan satu pergaduhan telah tercetus di antara Unit Amal dan penyokong SAMM & ANARKI di kawasan Dataran Merdeka apabila Unit Amal menghalang kumpulan ini mendekati pentas.




Penyokong Anarki dan SAMM telah merungut apabila ahli politik asyik berucap.


Akibatnya seorang penyokong Anarki telah ditumbuk oleh Unit Amal dibahagian kening dan berdarah.


Ketegangan telah tercetus selama 5 minit dan menyebabkan Pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Maria Chin Abdullah campurtangan bagi meredakan keadaan.


Tindakan Unit Amal ini mendapat kritikan sehingga mereka mendakwa 'belum dapat kuasa dah berlagak', 'kalah polis' dan 'dataran adalah untuk rakyat' - RakyatNews









Bagaimanapun di aplikasi whatsapp, facebook dan twitter dilaporkan kononnya belakunya kematian seorang ahli Unit Amal PAS akibat ditikam oleh seorang ahli kumpulan SAMM. Bagaimanapun pihak polis belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi mengesahkan perkara tersebut.


Gambar di atas bukanlah mangsa di dalam kejadian seperti di dalam video.... tetapi itu adalah gambar lama kejadian amuk yang berlaku di LRT Taman Melati, tahun lepas.

Lebih lanjut.... baca petikan seterusnya... di sini

Post a Comment