Thursday, 1 May 2014

REJIMEN ANARKI 'FUCK MEDIA' PADA WARTAWAN !!!

alt

KUALA LUMPUR 1 Mei : 
Sekumpulan pemuda yang dikenali sebagai Rejimen Anarki telah bertindak menyerang petugas media ketika melakukan rakaman sejurus selesai Himpunan Bantah GST.


alt

Kumpulan yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.10 petang di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dengan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah seperti 'Fuck Media' dan mengeluarkan isyarat jari tengah.

Di samping itu, kumpulan tersebut turut melontarkan kayu yang mempunyai permukaan tajam kepada pihak media.


Namun, kumpulan media sempat menyedari tindakan tersebut sempat mengelak tindakan kejam oleh para pendemo tersebut.

Antara yang terlibat pada saat tersebut adalah jurugambar dan juruvideo media. 

Kekecohan yang berlaku selama sejam itu berjaya diselesaikan sejurus Unit Amal PAS tiba di lokasi kejadian.

- UtaraNews

Post a Comment