Friday, 30 May 2014

SADIS !!! KANAK-KANAK PEREMPUAN DITEMUI MATI KEPALA BERCERAI DARI BADAN.... MASYAALLAH

kanak-kanak

KUALA LUMPUR : 

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.


Kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tiga tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek Bunuh Diri ???

KUALA LUMPUR – Suspek dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui semalam.
    
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata suspek berbuat demikian selepas dihampiri saksi dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.
     
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memang jelas dan kami buat fotofit, namun kami dapati suspek dipercayai lemas selepas melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai apabila dihampiri saksi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
    
Katanya rakaman CCTV itu diambil dari sebuah lif pusat membeli-belah Kotaraya di sini, iaitu lokasi kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya bersama rakan sebelum ke tandas.
    
Wanita itu kemudian mendapati anaknya hilang dan mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam tadi dalam keadaan kepalanya terputus daripada badan.
   
Bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan.
    
Polis turut menemui pecahan seramik dan sepasang selipar di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Hong Soon berkata polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng sebelum ini dilapor berkata ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan “sesuatu” pada leher mangsa. – Bernama



No comments: