Saturday, 31 May 2014

LEBIH 8K PENGUNDI #PRKTelukIntan TIDAK KELUAR MENGUNDI.... KENAPA ???

alt

TELUK INTAN 31 Mei 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof sahkan lebih 8,000 pemilih berdaftar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tidak keluar mengundi. 
 
PRK Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir. 
 
Jumlah keseluruhan pengundi bagi kawasan Parlimen Teluk Intan seramai 60,483 orang manakala 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.
 
Jumlah pengundi Melayu di Teluk Intan adalah seramai 23,301 orang atau 38 peratus, diikuti Cina seramai 25,310 (41 peratus) manakala 11,468 orang (19 peratus) berbangsa India.
 
Pada PRU-13, sebanyak 80.7 peratus atau 48,839 orang telah keluar mengundi. 

Post a Comment