Thursday, 17 April 2014

'TIGER OF JELUTONG' KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI DI GUA TEMPURUNG


TAPAH 17 April : 
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang terkenal dengan jolokan 'Tiger of Jelutong', maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.



Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. Difahamkan bahawa anaknya Ram Karpal dan pemandu telah  cedera parah. Dilaporkan terdapat 4 orang penumpang di dalam kereta. 

'ADMIN MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA REMOVE GAMBAR WAJAH MENDIANG DALAM KEMALANGAN TERSEBUT' HARAP MAKLUM.



Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.




Dalam masa yang sama Gobind Singh Deo anak kepada Karpal Singh turut mengesahkan berita tentang kematian Karpal Singh melalui akaun twitternya.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard (KS9898) yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori (WTL 9909 ) yang memandu perlahan di lorong kiri dan cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. 



Untuk rekod, Karpal sebelum ini menjadi kontroversi apabila membantah pelaksanaan hudud. Selain itu beliau juga merupakan antara orang yang terkehadapan dalam menentang keputusan Mahkamah melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu di Semananjung Malaysia.



Kredit : Perak Today / WhatsApp / Terengganu Today / MyKMU/ UtaraNews

Post a Comment