Agenda media barat nak memburukkan Malaysia..Jadi mereka menggunakan peluang yang ada (Tragedi MH370) untuk mengkritik Kerajaan Malaysia kononnya pihak kerajaan lemah dalam pengurusan krisis MH370 dan menuduh Malaysia menyembunyikan banyak fakta dari pengetahuan umum..
Sebagai pengamal media antarabangsa yang terkemuka di dunia, mereka sediamaklum segala fakta dan maklumat yang diterima oleh pihak kerajaan berhubung insiden kehilangan MH370 perlu diteliti dan dikaji kesahihannya sebelum ianya diumumkan kepada awam.. Tetapi mereka sanggup mengenepikan etika mereka dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan berat sebelah..
Apa yang lebih menyedihkan, segala usaha media barat untuk mencemarkan imej Malaysia di mata dunia bertambah mudah apabila gerakan mereka mendapat pertolongan pihak pembangkang yang mempolitikkan isu ini untuk kepentingan mereka..
Dan hasilnya...
Adakah kita sebagai rakyat Malaysia sanggup melihat imej negara kita tercemar disebabkan kritikan dan caci maki oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya untuk merealisasikan agenda mereka..
Berikut merupakan kenyataan Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengenai Tragedi MH370 :
Kerajaan Malaysia bekerja keras untuk menangani isu kehilangan pesawat MH370, sama ada mententeramkan ahli keluarga penumpang atau memberikan maklumat tepat kepada orang ramai, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
"Pihak berkuasa Malaysia sedang menghadapi keadaan yang ekstrem dan mereka bekerja keras untuk menyelaras sekumpulan pakar daripada pelbagai negara untuk menentukan punca dan lokasi pesawat itu," kata Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Tyler, Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis Persidangan Operasi IATA pada hari Selasa. Persidangan itu berakhir pada hari Rabu.
"Sudah pasti kita tidak mempunyai hak untuk mengkritik mereka (pihak berkuasa Malaysia). Mari kita tumpu kepada perkara paling penting, melakukan apa yang boleh untuk membantu mereka yang kehilangan orang yang tersayang," katanya.
Misi mencari dan menyelamat untuk pesawat MH370 itu sudah memasuki minggu ketiga.
Bagaimanapun, misi itu hanya tinggal kira-kira seminggu untuk mencari bukti fizikal, terutama 'kotak hitam' kerana isyarat daripada perakam akan lenyap tidak lama lagi.
Tyler berkata, operasi mencari itu dijalankan pada sekala yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan usaha mereka yang terbabit umpama wira.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah satu realiti.
"Cara terbaik untuk kita yang terbabit dalam penerbangan adalah untuk memperingati mereka yang di dalam pesawat dan belajar daripada yang berlaku untuk meningkatkan keselamatan di masa depan," katanya.
Dalam keadaan normal, katanya, insiden seperti itu memerlukan satu tahun atau lebih untuk diselesaikan.
"Dalam kes ini, di mana pesawat hilang di kawasan yang sukar, ia tentunya mengambil tempoh yang lama sebelum kita boleh mengambil sebarang kesimpulan berkaitan mitigasi," katanya. - BeritaAwani
No comments:
Post a Comment