Friday 21 March 2014

(VIDEO) : RAJA BOMOH 'TAMPOR BUAYA MATI' MENGAKU SOKONG ANWAR IBRAHIM.... !!!!!!!



Portal SuaraTV mendedahkan bahawa Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengaku yang beliau adalah individu yang bertanggungjawab melakukan ‘upacara’ ketika kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Raja Bomoh itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Anwar apabila khidmatnya digunakan untuk ‘memagar’ kawasan mahkamah daripada ‘anasir luar’ ketika perbicaraan kes liwat dijalankan.


“Ya di mahkamah Tinggi, saya datang (pada) masa itu, bawa buah kelapa (dan) terowong, memang ada. Orang (penyokong Anwar) angkat beramai-ramai pada masa itu. Tujuan saya biar hakim senang menjalankan tugas pada hari Anwar bicara Anwar.

LIHAT VIDEO BERIKUT :





Menurutnya Ibrahim lagi, upacara tersebut dilakukan atas jemputan pemimpin politik namun enggan mendedahkan nama individu tersebut.

“Saya masa itu sokong semua, Anwar (pun) saya sokong. Tujuan (saya lakukan ritual itu) jangan bergaduh, jangan diganggu (oleh) pihak orang luar, orang yang buat rusuhan (dan) biar hakim jalankan tugas dengan baik.

“Yang jemput saya (pada ketika itu) ialah orang politik tertentu. Tak kan saya nak cakap pula (siapa yang jemput),” katanya. - SuaraTV

No comments: