Saturday, 22 March 2014

TRANSKRIP KOMUNIKASI TERAKHIR VERSI DAILY TELEGRAPH, UK, SEBELUM #MH370 HILANG


AKHBAR Daily Telegraph hari ini menyiarkan transkrip komunikasi 54 minit terakhir pesawat MAS MH370 pada awal pagi 8 Mac lalu.


KUALA LUMPUR 22 Mac - Transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 dengan menara kawalan pada awal pagi 8 Mac lalu, telah disiarkan oleh Daily Telegraph, United Kingdom, hari ini.


Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini menjelaskan, transkrip yang disiarkan Daily Telegraph adalah tidak tepat.
Berikut di bawah ini transkrip yang disiarkan oleh akhbar berkenaan:

PUSAT KAWALAN KL

00:36:30 MH370: ATC, ini adalah MH370, selamat pagi

ATC: Selamat pagi, MH370. Ini adalah pusat kawalan KL, sila kekal di A10 32R

00:36:50 MH370: A10, MH370 terima

00:38:43 ATC: MH370, sila ke landasan dari 32R A10

MH370: Landasan dari 32R A10, terima

00:40:38 ATC: MH370, kedudukan 32R, landasan sudah tersedia, dibenarkan untuk berlepas. Selamat malam.

MH370: kedudukan 32R, landasan tersedia, dibenarkan berlepas. terima. Terima kasih, selamat tinggal

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

00:42:05 MH370: MH370 telah tinggalkan pangkalan

00:42:10 ATC: kedudukan MH370 disahkan, altitud penerbangan 180, sila ikut arahan dan pusing ke kanan, sasaran laluan arah IGARI

00:42:40 MH370: Baik, altitud 180, arah laluan IGARI, MH370 terima

00:42:52 ATC: MH370, anda memasuki KL Radar 132.6, selamat malam

MH370: 132.6, MH370 terima


RADAR KUALA LUMPUR

00:46:51 MH370: KL ATC, Ini adalah MH370

ATC: MH370, sila ke paras penerbangan altitud 250

00:46:54 MH370: MH370 ke paras penerbangan altitud 250

00:50:06 ATC: MH370 ke altitud penerbangan 350

00:50:09 MH370: Ini adalah MH370, altitud penerbangan 350

01:01:14 MH370: MH370 kekal di altitud penerbangan 350

01:01:19 ATC: MH370

01:07:55 MH370: MH370 kekal di altitud penerbangan 350

01:08:00 ATC: MH370

01:19:24 ATC: MH370, sila hubungi Hu Chi Minh City 120.9, selamat malam

1:19:29 MH370: Baik, selamat malam

Transkrip ini berdasarkan versi Mandarin daripada transkrip bahasa Inggeris. Beberapa perkataan mungkin tidak tepat.

Sumber: Daily Telegraph (Utusan Malaysia)

No comments: