Saturday 29 March 2014

KARPAL SINGH LETAK JAWATAN PRESIDEN DAP ???


Karpal Singh telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan kerana menghasut atau mempersoalkan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak pada Februari 2009. Anwar Ibrahim juga  telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Namun dua orang pemimpin pakatan pembangkang ini telah memberikan reaksi yang cukup berbeza terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka. Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti itu susulan daripada  dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Anwar Ibrahim pula telah disahkan  bertanding jawatan presiden PKR. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas naib presiden, Tian Chua pula akan mencabar jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR kali ini. Ketua umum PKR itu diwakili Low Chee Chong yang juga timbalan bendahari PKR untuk menghantar borang pada 11 pagi ini. Anwar tidak dapat hadir menghantar borang kerana baru pulang dari Kota Bharu, Kelantan kerana menghadiri siri jelajah Reformasi 2.0.
Ini antara bukti jelas siapa diri Anwar yang sebenarnya. Kerakusan kuasa yang menguasai diri beliau tidak mempunyai sebarang sempadan. Cita-cita beliau telah menghalalkan segala kejahatan dan kezaliman yang telah sedang dan akan beliau lakukan. Selama ini kita melihat betapa beliau telah berkompromi dengan musuh-musuh Islam dan Melayu sehingga melampaui batasan kewajaran dan kemanusiaan semata-mata mengejar cita-cita dan kepentingan peribadi beliau. 
Berbalik kepada Karpal Singh. Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan  Pengerusi DAP itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes Karpal Singh itu selesai. Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun. 
Ini berikutan Karpal akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu. Walau apa pun beliau akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.
“Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengikut Artikel 53, Dewan Rakyat akan menangguhkan keputusannya (berkaitan sabitan ahli Parlimen) bagi membolehkan sebarang prosiding yang boleh memberi kesan kepada keputusan, termasuk prosiding untuk membuang hilang kelayakan itu. 

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega sekejap apabila para pemimpin pakatan pembangkang yang bersikap biadap dan melakukan kesalahan akhirnya telah dijatuhkan hukuman. Namun kami juga mahu melihat mereka ini benar-benar menerima hukuman yang setimpal bukannya sekadar dijatuhkan hukuman namun pada akhirnya dilepaskan selepas rayuan demi rayuan. Ketegasan kepimpinan Datuk Seri Najib menjadi perhatian dalam menangani pemimpin pakatan pembangkang yang telah dijatuhkan hukuman bersalah ini.

No comments: