KUALA LUMPUR : Objek sepanjang 24 meter yang dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER, kata penganalisis.
Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Shamsuri Ahmad Mokhtar berkata jika spesifikasi 24 meter yang dikesan satelit ia berkemungkinan dari badan atau sayap pesawat.
Namun, katanya yang paling munasabah dengan saiz atau panjang itu ialah sayap Boeing 777.
"Difahamkan saiz debris yang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777.
"Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dr Shamsuri juga berkata, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukansoft landing.
"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika serpihannya 24 meter, ia memberi petanda berlaku soft landing sebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai," katanya.
Hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini. -Astro Awani
"Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika serpihannya 24 meter, ia memberi petanda berlaku soft landing sebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai," katanya.
Hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini. -Astro Awani
No comments:
Post a Comment