Wednesday, 12 February 2014

WANITA HINA ISLAM DAN SULTAN DI FACEBOOK DITANGKAP


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan ada lagi individu yang terbabit menghina agama Islam serta institusi Raja di laman sosial Facebook ditahan polis di Kajang pada Rabu.


Suspek, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada kira-kira pukul 1 pagi tadi dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan.

Khalid yang kini berada di Grogol Petamburan, Jakarta Barat memaklumkan perkara itu melalui akaun Twitter rasmi beliau jam 1.30 tengahari tadi sambil mengingatkan semua pihak bertanggungjawab menjaga keharmonian di Malaysia.

Kelmarin, Khalid juga melalui twitternya mengumumkan polis telah menahan suspek yang memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu dalam akaun Facebook miliknya semasa sambutan perayaan Thaipusam 17 Januari lalu.

Suspek yang menggunakan nama akaun Facebook Man Namblast dan memuat naik kata-kata berunsur  hasutan itu telah ditangkap pada 10 Februari, kata Khalid tanpa mendedahkan maklumat terperinci berhubung tangkapan itu.

No comments: