Monday 10 February 2014

ARTIS NASYID INDONESIA MIMPI MENINGGAL DUNIA MENJADI NYATA

arts

Kematian itu memang pasti. Tidak lambat atau mahupun cepat sesaat. Namun begitu, bilakah kita akan mati itu hanya akan meninggal persoalan untuk kita. Seorang artis yang dikenali sebagai Aden, merupakan vokalis kumpulan nasyid dari Indonesia telah memuat baik satu tweet tentang mimpinya yang dalam keadaan meninggal dunia, malah turut dikafankan. Takdir Allah SWT, mimpinya menjadi kenyataan selepas beberapa hari.


vokalis-aden

VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia pada 30 Disember 2013.  

Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.

Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Sebelum ini juga Aden pernah berkolaborasi bersama Inteam dengan terbitnya album yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.

Semoga Allahyarham Aden ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman… Al-Fatehah....


sumber: kisahbest.my / amekaw.com

No comments: