Wednesday 29 January 2014

ZAMIR JUARA MASTERCHEF MALAYSIA ALL STARS

zamir juara masterchef allstars

MENEPATI RAMALAN ADMIN......Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir yang telah dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia All Stars selepas menewaskan Celina Khor di dalam episod akhir rancangan ini yang telah ditayangkan semalam.


Bertemakan “Pembalasan Terakhir”, dengan kemenangan ini Zamir melayakkan dirinya untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih. Menariknya walaupun episod akhir turut dirakamkan terlebih dahulu, keputusan hanya diketahui semalam kerana kedua-dua peserta telah membuat rakaman “kononnya” mereka bergelar juara. Kata Zamir menerusi portal Murai:-

Sebenarnya Zamir terkejut apabila diumumkan sebagai juara pada malam ini kerana semasa penggambaran dijalankan, saya dan Celina masing-masing telah menjalani proses rakaman yang sama.
Rakaman pertama, Celina dinobat sebagai juara, dan yang keduanya saya pula. Inilah keunikan MCMAS kerana kami langsung tidak diberitahu tentang keputusan yang telah dibuat juri
zamir juara masterchef allstars
Zamir sebelum ini turut menyertai Masterchef Malaysia musim pertama namun sekadar berjaya menempatkan dirinya di kelompok 4 terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir atas kejayaan ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada Zamir untuk mencapai cita-citanya. Tahniah Zamir!!!

No comments: