Sunday 26 January 2014

MIZZ NINA TUKAR KONSEP MUZIK.... HANYA AKAN MENYANYI DI DEPAN WANITA SAHAJA

mizznina

Penyanyi Mizz Nina membuat keputusan untuk tidak mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sekembalinya dari mengerjakan haji November lalu. 
 
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. 
 
“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” katanya selepas melancarkan bengkel sempena Hari Hijab Sedunia, di sini, semalam
 
Tegas Mizz Nina, keputusan itu dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. 
 
Terdahulu, Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
 
Mizz Nina juga menjelaskan sebelum ini bahawa akan menukar konsep muzik kepada lebih perlahan dan tidak lagi seperti dahulu ini kerana mahu ianya lebih bersesuaian dengan pembawakan imej terbaharunya.

No comments: