Saturday, 18 January 2014

DEMONSTRASI AMAN BANTAH ADUN PKR HINA PERDANA MENTERI


Sebentar tadi telah berlangsung satu demonstrasi aman membantah tindakan biadap yang telah dilakukan Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon dan beberapa pengikut dari kalangan masyarakat Cina yang secara sinis menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika karikatur Datuk Seri Najib.




Penghinaan yang agak melampau ini hanya di hadiri oleh masyarakat Cina yang dilihat lebih signifikan dengan tindakan yang boleh dikategorikan sebagai penghinaan yang radikal kepada PM dan juga kepada pemimpin Melayu khususnya.Demo yang dianjurkan itu hanya dihadiri kira-kira 15 orang sahaja.



Bertempat di perkarangan Bandar Sunway Seberang Jaya,peserta yang dianggarkan kira-kira 1200 orang telah berkumpul dan melakukan perarakan secara aman ke perkarangan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall.Keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan dari pihak Polis.

Datuk Reezal Merican Naina Merican yan juga Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang dalam ucapannya,beliau menganggap perbuatan adun PKR itu sebagai satu tindakan yang biadap dan melampau dari Adun tersebut.



"Tindakan Adun PKR itu adalah satu penghinaan yang besar terhadap PM dan khususnya masyarakat Malaysia "."Kami mencabar adun PKR itu buat sekali lagi,dan kita akan lihat rakyat jelata akan bersama siapa"katanya dengan penuh semangat kepada peserta demo bantahan tersebut.

Ucapan juga telah diberikan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam,saudara Zaidi atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi,Ketua UMNO Permatang Pauh.Demo tersebut juga turut disertai beberapa NGO sekitar P.Pinang yang merasa tercabar dengan tindakan adun PKR itu. -  UtaraNews.


No comments: