Friday, 24 May 2013

IDRIS JUSUH BAKAL SAMAN RAFIZI....???

alt

BESUT 24 Mei - Dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengatakan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi adalah tidak benar dan akan dikenakan tindakan saman.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, selain Rafizi, parti PKR juga akan dikenakan tindakan sama kerana menyebarkan kenyataan tersebut.

"Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati.

"Bila dibuat satu kenyataan awam tanpa bukti yang boleh mencemarkan nama baik saya dan parti, sudah pasti saya akan bertindak untuk menyaman mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gong Nering di sini, hari ini.

Menurut Idris, perkara tersebut disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook dan Blog Keadilan yang kemudiannya didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail.

"Dakwaan itu tidak berasas kerana mana boleh petugas SPR dikurung... Mereka perlu bertanggungjawab atas setiap tuduhan yang dibuat," katanya.

Idiris ketika berucap pada majlis tersebut menjelaskan bahawa Barisan Nasional (BN) berharap Pakatan Rakyat (PR) tidak akan merosakkan keamanan negara supaya manifesto pilihan raya BN dapat dilaksanakan.

"Mungkin pada PRU13 baru-baru ini BN kalah dari segi perang siber tetapi dalam menentukan pemerintah negara BN telah berjaya. Oleh itu sebarang keputusan patut dihormati semua pihak," katanya.

No comments: