Tak siapa menyangka kisah ngeri tragis yang berlaku pada 14
April 1912 apabila sebuah kapal penumpang terbesar didunia tenggelam ditelan
lautan Atlantik….
Disaat kapal ini dilancarkan, terdengar suara suara mendabik dada dengan sungguh bongkak dan sombong melaungkan slogan,
'"Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya.."
Begitulah ungkapan kata kata sombong pemilik dan pencipta Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya, beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan.
Kemduian itu ditambah pula kenyataan Kapten Edward J.Smith yang dilantik sebagai Nakhoda yang bakal menerajui pelayaran sulung gergasi laut itu, oleh kapal penumpang paling besar, paling mewah, paling canggih di zamannya.
Kata kata Kapten Edward “sepanjang 40 tahun pengalaman aku dalam bidang pelayaran, bermacam cabaran dilalui, pelbagai keadaan cuaca dan ribut telah dirempuh, aku berjaya elakkan segala kemalangan, kerana aku adalah yang terbaik dan tidak pernah gagal dalam setiap misi perjalanan...”
Kapal
termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang
besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud 'Dewa Jahat Perkasa'
, dimana ianya telah menelan kos lebih USD7 Juta (pada masa itu), mengambil
masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya
tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4
hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.
Sungguh tragis kan…?
Timbul pula persoalan kenapa Kapten Edward J.Smith
mengabaikan dua peringatan yang dihantar oleh kapal-kapal lain yang memberitahu
tentang kehadiran aisberg di laluan, amaran untuk berhati-hati namun tak
diperdulikan…!
Adakah kerana sikap bongkaknya yang mengandaikan Titanic
sememangnya hebat dan mampu mengatasi segala halangan…?
Adakah kerana enggan mempermalukan diri, maka Kapten Edward
juga tidak meminta bantuan daripada empat buah kapal kapal yang ketika itu
berada berhampiran dan boleh membantu…?
Lebih malang lagi, dua isyarat kecemasan dihantar tidak disertakan kod tepat untuk meminta bantuan segera… Apabila isyarat ketiga diterima, segala-galanya sudah terlewat kerana Titanic sudah mulai karam dan kapal kapal lain sudah terlalu jauh….!
Lebih malang lagi, dua isyarat kecemasan dihantar tidak disertakan kod tepat untuk meminta bantuan segera… Apabila isyarat ketiga diterima, segala-galanya sudah terlewat kerana Titanic sudah mulai karam dan kapal kapal lain sudah terlalu jauh….!
Sebelum Pilihanraya Umum ke 13, YAB Datuk Sri Najib mahukan
sokongan padu rakyat…. Itu sudah pasti sebagai seorang Perdana Menteri beliau
mahukan mandat yang mantap!
Mengetuai perang politik, mengepalai PRU 13, Najib harus ada
WOW faktor untuk yakinkan rakyat untuk terus memilih Barisan Nasional sebagai
kerajaan. Mana mungkin untuk mendapatkan keyakinan para pengundi, BN tidak ada membuat
apa apa ‘offer’ untuk rakyat…?
Tambahan pula, pihak Pembangkang semakin disukai rakyat
dengan kedudukan mereka yang berjaya menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan
Selangor. Manakala diperingkat Parlimen pula, pihak Pembangkang sudah ada lebih
40 peratus wakil rakyat mereka sejak tahun 2008.
Iya, lihatlah diatas sana janji janji yang dibuat oleh
Najib! JOM kita lihat apa yang BN janjikan kepada rakyat sebelum PRU 13.
Anda boleh baca dengan jelas, perkara janji kelima dengan jelas menyebut;
Mengurangkan Bayaran TOL Antara Bandar Secara Beringkat
Peringkat.
Jelas..?
Itu janji dari siapa….?
Janji dari Anwar Ibrahim atau janji dari Najib…?
Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’ ?
Itu janji dari siapa….?
Janji dari Anwar Ibrahim atau janji dari Najib…?
Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’ ?
Najib tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini...! Kita harus melihat siapakah dibelakang tabir membuat keputusan keputusan yang kurang bijak ini...
Siapakah Punaisihat Punaisihat kepada YAB Perdana Menteri memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan BN dan mengundang kebencian rakyat…?
Kembalilah ketas sana, kisah kapal Titanic yang karam…..
Kapten Edward J Smith tak mahu dengar amaran yang boleh membahayakan kapal yang besar itu akhirnya tenggelam!
Kapten Edward J Smith tak mahu dengar amaran yang boleh membahayakan kapal yang besar itu akhirnya tenggelam!
KREDIT TO : MIK
No comments:
Post a Comment