Tuesday 24 December 2013

HASUT ORANG RAMAI GULINGKAN KERAJAAN - PEMILIK AKAUN FACEBOOK ASMAELZ HADZENY II DIBURU POLIS !


SHAH ALAM  - Polis masih memberi peluang kepada  pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama  Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan  pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember  ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, identiti individu berkenaan sudah dikenal pasti.

“Kita akan buru dia jika dia enggan menyerah diri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berhubung isu berkenaan, Hadi berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan  dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bagi menahan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Katanya laporan polis juga telah dibuat  berhubung kenyataan individu berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara  malah boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma,” katanya.

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian menegaskan bahawa dia tidak akan menyerah diri dan mendakwa akaunnya diceroboh.

“Saya dianiaya oleh penyokong pro kerajaan, nanti saya akan cerita,” katanya  menerusi khidmat pesanan ringkas pada laman sosial berkenaan.

Dia juga mendakwa akaun itu mempunyai ramai admin dan sejak akhir-akhir ini juga, isu yang dibangkitkan pada akaun berkenaan agak radikal dan keras malah turut mengaku gambarnya telah dicuri dan disalahgunakan.

Pada 18 Disember lalu, polis memberi amaran penyebaran poster mengajak orang ramai menyertai himpunan haram pada 31 Disember ini merupakan satu ancaman keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang  berat isu penyebaran poster itu yang dikesan tersebar menerusi portal berita dan laman sosial meskipun tidak diketahui kebenarannya. 


SEHARUSNYA..... yang berikut perlu diburu juga !!






No comments: