Tuesday, 10 December 2013

BAPA SEKSA ANAK PEREMPUAN UNTUK HALANG 'JIN SURUHAN' BEKAS ISTERI

https://www.facebook.com/pistoldanakal

Sana’a : Seorang ayah menyiksa anak perempuannya berusia 13 tahun dengan mencukur rambut dan mencabut kuku mangsa sejak hampir dua bulan lalu kerana percaya bekas isterinya menghantar jin untuk menghantuinya melalui remaja itu.
Amin Saad, 45, juga mengikat anaknya Baghdad ke sebuah katil di dalam bilik air di bumbung rumahnya di Abb sebelum remaja itu diselamatkan penduduk kampung yang mengesyaki bapa terbabit menghidap sakit mental.

Akhbar Sada melaporkan semalam, Amin mula menunjukkan masalah psikologi selepas isterinya meninggalkannya akibat tidak tahan sifat kejam lelaki berkenaan.

“Lelaki terbabit kemudian mula mempercayai bekas isterinya menghantar jin melalui anak perempuannya.

“Dia menggunakan peralatan tajam untuk menyiksa mangsa termasuk mencukur rambutnya, mencabut kukunya dan membakar anggota badannya,” kata akhbar berkenaan memetik aktivis hak asasi manusia Rashad Al Maamari. - Agensi

No comments: