Wednesday, 6 November 2013

ZUBIR BiPOP FITNAH AERIL ZAFRIL BERNIKAH DENGAN UMMI NAZEERA SEBELUM WAWA ZAINAL


Pelakon yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan pernikahan secara rahsia bersama aktres Wawa Zainal tampil menjelaskan isu terbaru yang mendakwa dirinya yang sudah berkahwin bersama Ummi Nazeera.

Menerusi mStar Online, Aeril Zafrel menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah fitnah dan bersifat ingin menjatuhkan kredibilitinya semata-mata & fitnah itu juga bersifat serangan peribadi ke atas dirinya.

Aeril juga turut menjelaskan bahawa dia dan Ummi Nazeera tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur secara terbuka menerusi laman sosial.

“Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.

“Secara jujurnya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya,” katanya ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu. MyMedia

Menyusul.....RAMAI ARTIS BERMUSUHAN DENGAN ZUBIR BiPOP.... 

No comments: