Thursday, 21 November 2013

KAMPUS UNIVERSITI MALAYA DICEMARI SIMBOL HIPPIE ...!!!

Agak aneh sebenarnya. Bagaimana sebuah kumpulan yang kononnya mendokong perjuangan Islam boleh bergelumang dengan Fahmi Reza yang jelas-jelas menyeleweng daripada akidah Islam? 




Semakin hari, semakin kita dikelirukan dengan dasar perjuangan mahasiswa-mahasiswi yang berimej Islami ini tetapi masih duduk satu saf berjuang bersama manusia-manusia yang menyimpang daripada landasan Islam seperti Fahmi Reza. 

Sebagai contoh, di Universiti Malaya, kumpulan mahasiswa ini memilih bersama dan menyokong perjuangan beliau sehingga tergamak membawanya ke dalam kampus untuk bercakap tentang perjuangan mahasiswa. Perjuangan apa? Perjuangan Islam atau sosialis??? Dah tak ada tokoh lain ke? 

Antara penyelewengan yang dibawa oleh Fahmi Reza ialah budaya Hippie dan penggunaan imej Vendetta melalui topeng V yang telah difatwakan sebagai haram oleh ulamak di negara ini. 


Selama ini kita dimomokkan dengan imej bersih lagi warak kumpulan ini. Kononnya merekalah yang paling lantang menolak budaya sosial melampau seperti seks bebas, bersekedudukan, hiburan melampau dan macam-macam lagilah. Tapi adakah mereka tahu, Fahmi Reza sedang mempromosikan budaya Hippie yang mengandungi semua elemen sosiaL tersebut? 

Lihat logo Hippie ini dan bandingkan dengan poster yang dihasilkan oleh Fahmi Reza berkaitan program yang dihadirinya pada malam semalam di Universiti Malaya.

Budaya Hippie ialah budaya hidup bebas yang melampau dan songsang  dari sudut
akidah dan akhlak Islam. Kenapa PMI UM tolong promosi? 

Tahukah anda wahai pejuang-pejuang Islam kampus yang alim lagi warak bahawa simbol Peace No War itu sebenarnya adalah simbol Hippie yang pernah menjahanamkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an? Sekarang anda nak bawa ke dalam kampus pula? 

TOLAK PRO-MAHASISWA KALAU ANDA SAYANG KAMPUS KITA.  -  Pas Beruk

No comments: