Sunday 27 October 2013

PRK DUN SG. LIMAU : PENGUNDI PAS DIHANTUI PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI

Walaupun pada dasarnya Pas mengatakan mereka yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Namun apabia dilihat kepada jentera dan gerakan yang dilakukan parti itu selama ini, ramai merasakan Pas bakal berdepan dengan laluan yang ‘sedikit’ sukar.

Penyelewengan tabung Memali menghantui Pas di Sungai Limau 300x216 Penyelewengan tabung Memali menghantui Pas di Sungai Limau
CALON PAS, Mohd Azam Abdul Samat (kiri) dan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Mahfuz Omar juga menyatakan perkara yang sama semasa menghadiri sidang media PAS di Markas Induk PAS, Sungai Limau Dalam, Yan, baru-baru ini.
Ini kerana walaupun kerusi DUN Sungai Limau boleh dikatakan sebagai kubu kuat buat parti itu, dan Umno hanya turun sebagai calon ‘ underdog’ namun pelbagai isu dan faktor tambahan dirasakan mampu menyebabkan Pas tidak senang duduk bagi berdepan dengan calon BN/umno.
Antaranya isu Tabung Memali, yang dboleh diibaratkan sebagai ‘mimpi ngeri’ buat parti itu. Ini kerana, umum melihat bagaimana parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam, begitu rakus membahamkan jumlah kutipan derma yang selama ini dikutip atas nama jihad, balu dan anak-anak yatim di kampung Memali, Baling.
Tabung yang ditubuhkan oleh pihak pengurusan Pas hasil dari sumbangan ahli, penyokong dan orang perseorangan itu dikatakan telah mencecah ke angka jutaan ringgit. Namun didakwa telah diselewengkan oleh pimpinan parti itu seperti yang telah didedahkan oleh C.N Al Afghani atau Zainon Ismail melalui buku Air Mata di Bumi Memali.
Malah Zainon yang juga merupakan bekas ahli Pas seumur hidup, mendakwa wang tersebut telah diratah pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam kepimpinan Pas negeri.
Namun sehingga kini, mereka yang didakwa masih enggan memberikan sebarang respon berhubung perkara ini. Tambah memeranjatkan, kepimpinan Pas peringkat pusat juga mengambil pendekatan mendiamkan diri seolah-olah ‘membutakan mata dan hati’ terhadap penyelewengan tersebut.
Menurut Zainon, wang yang dikumpulkan ekoran tragedi Memali pada 1985 itu seolah-olah telah hilang tanpa dapat dikesan. Tambah mengelirukan akaun penyata tabung tersebut juga seolah-olah tidak wujud, walaupun kutipan derma dilakukan hamper setiap tahun, yang mengunakan nama balu dan anak-anak yatim di Memali.
Hasil pendedahan Zainon itu juga, Pas pusat dikatakan telah mengambil tindakan menutup tabung ini, walaupun pada ketika itu, akaun tabung masih berbaki sebanyak RM65,000.
Mengikut rekod, masih ada sembilan balu Memali yang masih hidup dalam keadaan daif dan masih ramai anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.
Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.
Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah; Pejabat Pas Pusat; Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.
Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas kemudian diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali.
Dan kini, Pas berdepan dengan isu yang tidak pernah dijelaskan dan memandangkan PRK Sg. Limau akan berlangsung beberapa hari lagi, parti itu perlu menjawab semua tuduhan yang dibangkitkan sebelum ini.
Ini kerana rakyat khususnya pengundi Sungai Limau perlu diberikan penjelasan mengenainya. Ini kerana, menurut sumber ada dikalangan pengundi Sungai Limau yang mempunyai hubungan keluarga dengan balu dan waris di Memali.
Kesimpulannya, Pas bukan sahaja bertanggungjawab terhadap penyelewengan tabung tersebut, namun yang paling penting perlu membersihkan diri dari semua tuduhan yang dibangkitkan itu. Sebagai sebuah parti yang mengunakan Islam sebagai alat untuk memancing undi, Pas tertu sedar, antara dosa besar di dalam Islam ialah memakan harta anak yatim.

No comments: